Monday, May 9, 2011

im touch with this~

Ya Allah,
Seandainya telah engkau catitkan 'dia' adalah milikku dan tercipta untukku . Satukanlah hatinya dengan hatiku . Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu kekal abadi.
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini di Ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah engkau takdirkan 'dia' bukan miliku. Bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah. Agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan Ya Allah Yang Tercinta,
Gantilah yang telah hilang. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah. Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku dii dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan 'dia' sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

Amin...

No comments:

Post a Comment